ESQ CHARACTER BUILDING 3
Tingkat lanjutan ke-2 akan membantu anda untuk mengesan kelemahan dan kekuatan serta bagaimana untuk mengendalikannya. Selain itu ESQ Self Control & Collaboaration akan membangun kesedaran tentang betapa pentingnya makna sebuah kerjasama.
Objektif & Pendekatan Self Control & Collaboration (2 hari)
Mampu mengenali setiap gangguan yang boleh membuat kita keluar dari misi yang telah ditetapkan. Memiliki ketahanan mental yang kuat untuk memastikan kita tetap berada pada cita-cita/misi yang telah ditetapkan.
Bagaimana Membangun Kesatuan Hati dan Kerjasama di dalam Organisasi?
Para peserta akan dilatih bagaimana untuk mengenali dan mengawal diri dan seterusnya, membangun kesedaran kepada peserta betapa pentingnya sebuah kolaborasi strategik yang memberi manfaat bukan sahaja untuk syarikat dan organisasi, tetapi juga untuk kehidupan yang lebih berjaya dan bermakna bagi seseorang individu yang melaksanakannya.
Siapa Yang Perlu Hadir
Alumni Basic @ Alumni MCB dan berumur 18 tahun ke atas.
Faedah Kepada Para Peserta
- Mampu mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri serta memiliki kesedaran betapa pentingnya mengawal diri sebelum melakukan apa-apa tindakan atau mengambil sebarang keputusan.
- Mendapat latihan pengawalan emosi yang bersumber kepada kaedah terbukti berkesan dan efektif.
- Mampu menyiapkan diri menjadi individu yang proaktif untuk membangun kerjasama di dalam pekerjaan ataupun di dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat.
Faedah Kepada Organisasi
- Meminimumkan tingkah laku negatif dan kesilapan atau kesalahan dalam bertindak atau semasa mengambil keputusan untuk para pekerja.
- Membina kesedaran betapa pentingnya sebuah pengawalan diri dalam menjaga keseimbangan dan kelangsungan sebuah prestasi syarikat ataupun organisasi.
- Meningkatkan kerjasama dan sinergi antara individu di dalam syarikat, sama ada hubungan antara jabatan atau bahagian, dan juga dengan para pekerja di bawah pimpinan.

*Semua training ditunda ke suatu tarikh yang masih belum ditentukan.