Shah Alam, 18 Mei 2011 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini melancarkan projek khas di bawah program Sukarelawan Masyarakat PPIM-Alumni ESQ. PPIM dengan jumlah ahlinya mencecah 2.5 juta orang bersinergi dengan Alumni ESQ (yang telah mencecah hampir 80 ribu orang di Malaysia dan 1.2 juta orang di seluruh dunia dengan penyertaan lebih 4000 syarikat) dibawah program Sukarelawan Masyarakat
Press Releases
PPIM DAN ALUMNI ESQ KALANGAN PROFESIONAL JALIN KERJASAMA BANTU MASYARAKAT BENTUK KAREKTOR BANGSA
Menjawab 165 Songsang
YBhg. Dr. Adnan Mohamed Yusoff,
Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah,
Universiti Sains Islam Malaysia merangkap
Panel Syariah dan Akidah ESQ Leadership Center Sdn Bhd
Sebenarnya pendapat yang mengatakan Model latihan ESQ Way 165 sebagai songsang atau menyeleweng kerana tidak mengikut tertib yang sahih iaitu Islam, Iman dan Ihsan, berhajat kepada penelitian semula, kerana dari sudut logiknya tertib bermaksud melakukan sesuatu perkara mengikut urutan dan tidak boleh melakukan perkara yang lain kecuali setelah selesai perkara sebelumnya.
Dalam konteks ini, adalah tidak munasabah jika dikatakan bahawa seorang muslim perlu terlebih dahulu selesai mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan tuntutan-tuntutan berkaitan syahadah, kemudian barulah menunaikan solat dengan penuh kesempurnaan pada rukun, syarat dan adab berkaitan, kemudian barulah berpuasa di bulan Ramadan, kemudian menunaikan zakat dan kemudian mengerjakan haji. Setelah selesai dengan sempurna segala perkara berkaitan rukun-rukun Islam di atas barulah beriman dengan Allah, kemudian malaikat, kemudian kitab, kemudian rasul, kemudian hari akhirat dan seterusnya qada’ dan qadar. Atas pemahaman ini juga bermakna setelah selesai setiap perkara dalam rukun Islam dan Iman dengan sempurna dan segala tuntutan berkaitan dengan setiap rukun tersebut barulah dimulakan pula usaha untuk mendapatkan Ihsan.
Pastinya tidak siapapun yang mempelajari fiqh hadis ini akan berfahaman seperti ini. Apatah lagi dalam hadis ini sendiri Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa lelaki dalam hadis ini sebenarnya adalah Jibril a.s. yang datang untuk mengajarkan umat Islam tentang agama mereka. Ibn Rajab dalam huraiannya menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. sendiri menyimpulkan bahawa kesemua perkara yang ditanyakan oleh Jibril itu adalah sebahagian dari al-din. (Lihat: al-Hanbali, Ibn Rajab. 1422H. Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhariyy. Tah. Abu Mu’adh, Tariq bin Awad. Al-Dammam: Dar Ibn al-Jawziyy. Jld. 1. hlm. 107) Dengan kata lain Islam, Iman dan Ihsan itu merupakan komponen al-din yang saling melengkapi antara satu sama lain dan tidak boleh dipisah-pisahkan, malah perlu dibangunkan secara komprehensif dan serentak oleh setiap muslim.
Selain itu, hadis ini turut diriwayatkan dengan berbagai riwayat sahih lain yang membuktikan bahawa bukan tertib tersebut yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. Ibn Hajar ketika mengulas perkara ini dalam syarahnya menulis bahawa uslub hadis tidak menunjukkan keperluan tertib (وَلَيْسَ فِي السِّيَاق تَرْتِيب). Apatah lagi ada riwayat dari Matar al-Rawwaq yang bermula dengan Islam kemudian Ihsan barulah Iman. (Lihat: Ibn Hajar. Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhariyy. Jld 1. hlm 80).
Jika tertib menjadi maksud penting dari hadis ini, pasti para rawi akan cukup teliti memastikan riwayat mereka memelihara tertib yang dimaksudkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. sedangkan pemerhatian terhadap riwayat-riwayat yang disebutkan jelas tidak memelihara aspek ini.
Selain itu, sekiranya benar seperti yang dikatakan oleh Zakaria Setapa dalam Harian Metro bertarikh 24hb. Februari 2011 bahawa yang sepatutnya ialah 561 (rukun Islam dahulu) barulah tidak songsang maka amat dukacita dikatakan bahawa kenyataan ini bercanggah dengan nas Hadis Jibril ini, dalam kitab Sahih al-Bukhari yang merupakan kitab kedua paling sahih selepas al-Quran dalam Islam, di sisi Ahli Sunnah wal Jama’ah yang meriwayatkan hadis ini dengan lafaz iman terlebih dahulu. (lihat: al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. 1407H/1987. Sahih al-Bukhari. Tah. Al-bugha, Mustafa Dib. Beirut: Dar Ibn Kathir. Jil. 4. hlm. 1793).
Majelis Ulama Indonesia (MUI) keluar Sijil Patuh Syariah kepada ESQ

Jakarta, Selasa, 25 Januari 2011 - Majelis Ulama Indonesia (MUI) hari ini telah mengeluarkan Sertifikat Kesesuaian Syariah (Sijil Patuh Syariah) kepada syarikat latihan Sumber Daya Manusia, ESQ Leadership Center yang mempunyai anak syarikatnya di Malaysia dan mempunyai seramai lebih 1 juta alumninya (peserta yang pernah menghadiri pelatihan) di seluruh dunia.
Piagam PSIM
Ketua DPR RI Marzuki Alie, Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Muhaimin Iskandar, Menteri Ne gara Komunikasi dan Informasi Tifatul Sembiring, serta para tokoh lainnya hadir dalam acara penandatanganan Piagam Persaudaraan Serumpun Indonesia Malaysia (PSIM) pada Sabtu, 12 Desember 2009 di Menara 165, Jl TB Simatupang Jakarta Selatan. Dari Malaysia juga hadir Dato Mukhriz Mahathir yaitu Wakil Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri yang juga merupakan putra mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Muhammad.
Modul ESQ Perkasa Polis
SUBANG JAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yakin penyertaan pegawai kanan polis dalam program ESQ Way 165 mampu melahirkan pegawai yang mempunyai komitmen penuh untuk menjaga keselamatan awam.
Najib Lancar EE7B 3 Disember
KUALA LUMPUR 28 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadiri Malam Perpaduan Nusantara (MPN) seterusnya melancarkan projek Ekspedisi Ekstrem 7 Benua (EE7B) pada 3 Disember ini.